Thursday, February 22, 2018
vital-top
updated 9:37 AM UTC, Feb 22, 2018

Perkembangan Bola Sepak Piala Liga Inggeris

  • Published in Sukan

LONDON - Bola sepak Piala Liga Inggeris.

Arsenal mara ke perlawanan akhir untuk menentang pendahulu Liga Perdana, Manchester City 25 Februari depan.

The Gunners memusnahkan harapan Chelsea apabila bangkit untuk mencipta kemenangan 2-1 pada perlawanan separuh akhir kedua pagi ini.

Arsenal mara dengan agregat 2-1 setelah perlawanan pertama berakhir tanpa jaringan.

Dalam saingan Piala Raja Sepanyol, Valencia mengatasi Alaves 3-2 menerusi sepakan penalti dan mengesahkan tempat ke separuh akhir.

Kedua-dua pasukan terikat dengan agregat 3-sama selepas Alaves menang 2-1 pada perlawanan suku akhir kedua awal pagi tadi.

 

Sumber : AFP