Sunday, October 22, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Renang : Katinka Hosszu Rangkul Emas Dan Perak Dalam Kejohanan Jarak Dekat Dunia

MONTREAL - Juara Olimpik tiga kali, Katinka Hosszu, merangkul pingat emas dan perak dalam Kejohanan Jarak Dekat Dunia di Montreal.

Perenang Hungary itu mendominasi acara 400 meter rampaian individu wanita setelah mencatat 4 minit 21.67 saat, lebih dua saat daripada rekod dunia yang pernah dicatatnya.

Manakala, perak milik Ella Eastin yang mencatat 4-minit 27.74 saat dan gangsa milik perenang Amerika Syarikat Madisyn Cox , yang mencatat 4 -minit 27.78 saat .                 

Dalam acara 200 meter gaya bebas, Hosszu bagaimanapun sekadar meraih perak selepas diketepikan veteran Itali, Federica Pellegrini .

Pellegrini , 28 tahun menamatkan saingan mencatat masa terpantas 1-minit 51.73 saat.

Manakala, Hosszu ditempat kedua dengan 1-minit 52.28 saat dan perenang tuan rumah, Taylor Ruck ditempat ketiga dengan catatan 1-minit 52.50 saat.