Monday, June 25, 2018
vital-top
updated 3:34 PM UTC, Jun 24, 2018

Korea Selatan Buat Persiapan Menjelang Sukan Olimpik Musim Sejuk

  • Published in Sukan

SEOUL - Polis Korea Selatan mengadakan demonstrasi latihan keselamatan di Pyeongchang menjelang Sukan Olimpik Musim Sejuk bulan depan.

Demonstrasi diadakan semasa upacara melantik pengawal keselamatan bagi sukan berkenaan.

Ketua Agensi Polis Nasional Korea Selatan, Lee Cheol-seong berkata, mereka perlu memastikan keselamatan para atlet Korea Utara dan para peserta lain dengan kawalan 24 jam sama di perkampungan sukan atau semasa dalam perjalanan.

Sukan Olimpik musim sejuk Pyeongchang dijadual berlangsung dari 9 hingga 25 Februari.

((AP))