Thursday, February 22, 2018
vital-top
updated 9:37 AM UTC, Feb 22, 2018

Angelique Kerber Mara Ke Separuh Akhir Tenis Terbuka Australia

  • Published in Sukan

MELBOURNE - Bekas juara, Angelique Kerber melangkah ke separuh akhir selepas mudah menewaskan pilihan ke-17, Madison Keys dengan straight set di Rod Laver Arena.

Kerber yang mendominasi dari awal permaianan hanya memerlukan masa 51 minit sahaja untuk menyingkirkan lawan dari Amerika Syarikat yang juga finalis Terbuka Amerika tahun lalu, 6-1, 6-2.

Pemain Jerman itu kini satu-satunya pemain wanita yang pernah merangkul Grand Slam meneruskan aksi.

Kerber memulakan musim terbaiknya pada 2016 dengan bergelar juara di Melbourne Park ini, sebelum tewas di final Wimbledon dan s kali lagi meraih kejuaraan di Terbuka Amerika Syarikat pada tahun sama.

Di separuh akhir nanti Kerber bakal bertemu sama ada Simona Halep atai Karolina Pliskova.

 

Sumber : BERITA RTM