Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 5:20 AM UTC, Oct 21, 2017

Pep Guardiola Mahu Pemain Hasil Kemenangan Menentang Celtic

MANCHESTER CITY - Pengurus Manchester City Pep Guardiola mahu para pemain menghasilkan kemenangan ketika menentang Celtic dalam perlawanan akhir peringkat kumpulan Liga Juara, awal pagi esok.

Baginya, hanya kemenangan mampu memulihkan kembali semangat juang City selepas pasukan itu kecundang 1-3 kepada Chelsea dalam saingan domestik Sabtu lalu.

Guardiola bercakap dalam sidang media menjelang pertemuan itu di Stadium Etihad.