Thursday, February 22, 2018
vital-top
updated 9:37 AM UTC, Feb 22, 2018

Hasrat JDT Beraksi Dalam ACL Tidak Kesampaian

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Hasrat juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL), tidak kesampaian.

Ia setelah pasukan itu tewas 2-5 kepada wakil Thailand, Muangthong United pada pusingan kelayakan kedua di Bangkok, malam tadi.

Kekalahan itu menyaksikan JDT bakal beraksi dalam Kumpulan H Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bersama tiga pasukan lain - Tampines Rovers dari Singapura, Persija Jakarta (Indonesia) dan kelab Vietnam, Song Lam Nghe An.

 

Sumber : BERITA RTM