Monday, June 25, 2018
vital-top
updated 3:34 PM UTC, Jun 24, 2018

Pemain Nombor Satu Dunia Viktor Axelsen Menepati Ramalan Muncul Juara Perseorangan Lelaki Setelah Menumpaskan Pemain Jepun Kenta Nishimoto

  • Published in Sukan

AXIATA ARENA - Badminton Masters Malaysia 2018.

Pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen menepati ramalan muncul juara perseorangan lelaki setelah menumpaskan pemain Jepun Kenta Nishimoto.

Axelsen yang juga juara dunia tahun lalu dan juara remaja dunia 2010 mendahului di set pertama dengan kemenangan 21-13.

Bagaimanapun Nishimoto bangkit menyamakan kedudukan dalam aksi penuh sengit di set kedua untuk mencatat mata 23-21 sebelum kembali longlai di set penentuan 18-21 .

sekaligus membenarkan Axelsen muncul juara.

Axelsen dalam pada itu , menyeru Persekutuan Badminton Dunia, BWF supaya mengkaji semula peraturan baharu mereka yang dilihat tidak masuk akal, apabila menetapkan semua 15 pemain terbaik dunia wajib menyertai 12 kejohanan setahun.

Tidak mahu mengambil risiko kecederaan dan kepenatan, Axelsen akan lebih selektif dalam memilih kejohanan yang disertainya selepas ini.

Sebelum ini Datuk Lee Chong Wei, Chen Long dan Lin Dan turut menyatakan ketidakpuasan hati mereka berkaitan peraturan baharu BWF itu.

((SUMBER: RTM))