Thursday, February 22, 2018
vital-top
updated 9:37 AM UTC, Feb 22, 2018

Hubungan Baik Antara Kelab Bola Sepak JDT Dengan Persatuan Bola Sepak Jepun, JJFA  Dibuktikan Dengan Kewujudan Galeri Bola Sepak Jepun

  • Published in Sukan

Larkin -Hubungan baik antara kelab bola sepak Johor Darul Takzim, JDT dengan Persatuan Bola Sepak Jepun, JJFA dibuktikan dengan kewujudan Galeri Bola Sepak Jepun di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor.

Presiden kelab JDT, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim berkata, galeri itu berkonsepkan From Larkin to the World, ditubuhkan sebagai simbolik kepada ulang tahun ke-20 skuad kebangsaan Jepun layak ke Piala Dunia pada 1998.

Galeri berkeluasan seribu 300 kaki persegi itu merupakan hasil kerjasama Persatuan Bola Sepak Jepun bagi mengeratkan hubungan Jepun dengan Johor.

Ia turut berkonsepkan Samurai Biru dan warna rasmi Skuad Harimau Selatan, dengan dekorasi dalaman bercirikan laut sebagai simbolik hubungan rapat kedua-dua pihak.

Pembinaannya mengambil masa empat minggu, mula dibina pada Disember tahun lalu, dan terbahagi kepada dua ruangan, iaitu pameran kejayaan pasukan Jepun serta ruang kebangkitan JDT dalam arena bola sepak tanah air. 

((SUMBER:RTM JOHOR))