Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 3:46 PM UTC, Oct 19, 2017

2,000 Dijangka Sertai Larian Jambatan Batang Sadong

KUCHING - Kira-kira 2,000 peserta dijangka menyertai acara Larian Jambatan Batang Sadong, yang pertama kali dianjurkan, pada 11 Disember ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri.

Katanya, larian santai itu bertujuan memberi peluang untuk mempamerkan perpaduan kukuh dan keharmonian yang wujud dalam kalangan masyarakat.

Menurutnya, sebahagian besar peserta dalam larian dua kategori iaitu lima dan 10 kilometer itu terdiri pada daripada penduduk kaum Melayu, Iban, Cina dan Bidayuh.

"Semua pserta akan diberi tempat menginap di dua rumah panjang Iban terpilih untuk membolehkan mereka merasai sendiri budaya dan makanan tempatan pada sebelah petang," kata Nancy, yang juga Anggota Parlimen Batang Sadong, kepada pemberita di sini hari ini.

Hadiah akan hanya diberi kepada pemenang dalam kategori 10km lelaki dan wanita, dengan juara mendapat RM500, manakala naib juara dan pemenang tempat ketiga masing-masing menerima RM300 dan RM200 serta pingat.

Beliau meminta mereka yang berminat menyertai acara itu supaya menghubungi Pejabat Daerah Sadong Jaya, Asajaya dan Simunjan bagi mendapatkan borang dan keterangan lanjut.

Nancy berkata jambatan berharga RM211 juta sepanjang 1.48km itu adalah jambatan sungai terpanjang di negara ini dan pembinaannya diluluskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2011.