Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 3:46 PM UTC, Oct 19, 2017

Usain Bolt Kesal Gagal Perbaiki Rekod 200 Meter Di Rio

Usain Bolt mengakui  kegagalan mengatasi catatan masa 19.19 saat dalam acara 200 meter merupakan satu-satunya sesalan dalam kariernya.

Bolt melengkapkan rekod 'triple-triple' ketika di Sukan Olimpik Rio 2016, apabila merangkul pingat emas dalam acara 100m, 200m dan 4x100m dalam penampilan ketiga berturut-turut di pentas Sukan Olimpik.

Atlet berusia 31 tahun itu dijangka bersara selepas Kejohanan Dunia 2017 di London, di mana dia hanya akan beraksi dalama acara 100m.

Bolt ketika ini memegang rekod dunia acara 200m dengan catatan 19.19 saat, namun kegagalan mengatasi catatan itu masih terngiang-ngiang dalam kepalanya.