Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Jurgen Klopp Tidak Peduli Dengan Usia Pemain

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp, menegaskan tidak akan membiarkan faktor umur mempengaruhinya dalam menamakan kesebelasan utama tatkala dia bertekad untuk mengetengahkan bakat muda di kelab itu.

Klopp menurunkan beberapa pemain muda ketika Liverpool melakar kemenangan 2-0 ke atas Leeds United dalam saingan Piala Efl pada Selasa antaranya Kevin Stewart, Ovie Ejaria dan Trent Arnold.

Bagaimanapun, pemain berusia 17 tahun, Ben Woodburn mencipta namanya apabila meledak gol kedua Liverpool untuk muncul penjaring termuda dalam sejarah kelab itu.

Jurgen Klopp berkata beliau tidak kisah menurunkan pemain muda, selagi mereka mempamerkan prestasi hebat.