Thursday, April 26, 2018
vital-top
updated 10:49 AM UTC, Apr 26, 2018

'Fanskick' : Aplikasi Baharu Buat Peminat Bola Sepak Tempatan

  • Published in Sukan

JOHOR BAHRU - Kini, dengan adanya aplikasi pintar 'Fanskick' yang diperkenalkan Fanskick Dot Com Sdn Bhd, peminat bola sepak tempatan tidak perlu lagi beratur panjang untuk membeli tiket perlawanan.

Melalui aplikasi Fanskick, pengguna boleh membuat pembelian tiket perlawanan bola sepak secara dalam talian dan hanya perlu mengimbas kod QR mereka di pintu masuk stadium menggunakan telefon pintar mereka pada hari perlawanan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Farouk Mustaffa berkata aplikasi telefon pintar yang julung kali diperkenalkan itu menjanjikan perkhidmatan dan hiburan yang lengkap serta mampu merapatkan jurang antara pemain dan penyokong bola sepak tempatan, menerusi teknologi.

Kita menyasarkan satu juta peminat bola sepak akan memuat turun aplikasi tersebut pada tahun ini menerusi Google Play untuk platform Android atau Apps Store menerusi platform iOS.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pelancaran aplikasi tersebut. 

Majlis disempunakan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada,  malam tadi.

((SUMBER: BERNAMA))