Liew Daren Akan Bertemu Suppanyu Avihingsanon Di Suku Akhir, Hari Ini
- Ditulis oleh BeritaRTM
- Published in Sukan
BUKIT JALIL-Kejohanan Badminton Masters Malaysia. Liew Daren akan bertemu Suppanyu Avihingsanon di suku akhir, hari ini.
Daren mara setelah menewaskan pemain Korea, Jeon Hyeok Jin 21-17, 19,21, 21-16.
Turut mara, perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei dan Lee Ying Ying. Jin Wei yang menundukkan pemain Taiwan, Pai Yu Po 21-11, 21-11, akan bertemu bekas pemain nombor satu dunia, Ratchanok Intanon dari Thailand.
Ying Ying pula akan berdepan Carolina Marin dari Sepanyol.
((SUMBER :WEB))