Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Presiden FIFA Hadir Pengebumian Pemain Bola Sepak Yang Maut Dalam Nahas Pesawat

SYDNEY - Presiden FIFA, Gianni Infantino menangguhkan lawatan ke Australia bagi membolehkan beliau menghadiri upacara persemadian pemain bolasepak yang terbunuh dalam nahas pesawat di pergunungan Colombia.

Infantino dijadual ke Sydney hari ini selepas menghadiri perlawanan akhir Piala Dunia wanita bawah 20 tahun di Papua New Guinea, namun membatalkannya.

 Pesawat sewa khas membawa pemain kelab Chapecoense Real itu , terhempas berhampiran bandar Medellin semasa dalam perjalanan untuk ke perlawanan akhir Copa Sudamericana menentang Atletico Nacional.