Thursday, April 26, 2018
vital-top
updated 10:49 AM UTC, Apr 26, 2018

Chong Wei Sanggup Bayar Denda Kepada BWF

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR,  Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei sanggup membayar denda kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk tidak menyertai beberapa kejohanan yang ditetapkan kerana mengambil kira faktor usia dan ketahanan fizikalnya

Pemain nombor dua dunia itu berkata tumpuannya adalah kepada kejohanan yang mempunyai standard lebih tinggi termasuk persiapan rapi untuk Kejohanan Dunia, Sukan Komanwel, Piala Thomas, Sukan Asia serta All England pada tahun ini.

Berdasarkan peraturan baharu BWF, semua pemain yang berada dalam kelompok 15 terbaik dunia diwajibkan menyertai 12 kejohanan setahun iaitu tiga kejohanan tahap dua, lima kejohanan tahap tiga dan empat kejohanan tahap empat.

Beliau akan berbincang dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) jika perlu bayar denda, saya sanggup bayar. Sepatutnya ketika ini beliau dan beberapa pemain lain berehat dan membuat persiapan All England pada Mac ini.

Katanya peraturan yang dikeluarkan BWF, beliau dan pemain lain perlu akur.

Ekoran peraturan baharu itu, kebanyakan pemain terkemuka dunia tersingkir awal daripada saingan Perodua Masters Malaysia yang sedang berlangsung minggu ini di Arena Axiata, Bandaraya Sukan Kuala Lumpur, Bukit Jalil.

((SUMBER: BERNAMA))