Thursday, February 22, 2018
vital-top
updated 9:37 AM UTC, Feb 22, 2018

Fenrir Wakil Tunggal Asia Tenggara Kejohanan E-Sukan FIFA

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Menjadi satu-satunya wakil dari Asia Tenggara pada kejohanan Piala FIFA Ultimate Team (FUT) di Barcelona, Muhd Luqman Haziq Haziman memandang serius terhadap cabarannya mewakili negara pada saingan e-sukan bola sepak bertaraf antarabangsa itu.

Pelajar berusia 21 tahun itu, telah membuat persiapan membiasakan diri bermain dengan individu yang berpengalaman di peringkat antarabangsa termasuk menyertai perlawanan dengan ramai pemain kompetitif dari Malaysia.

Luqman, dikenali sebagai Fenrir dalam arena maya, bakal ke Barcelona bagi menyertai FIFA eWorld Cup (FEWC) anjuran EA Sports dari 26 hingga 28 Jan ini yang pemenangnya bakal membawa pulang US$200,000 (RM790,923).

Beliau telah bersedia dan akan menggunakan taktik-taktik yang dipelajari sepanjang bulan lepas.

Sekiranya menang kejohanan itu,  beliau akan menerima anugerah serta berpeluang bertemu dengan pemain antarabangsa seperti Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Beliau berkata demikian semasa rancangan Nine11 terbitan Bernama News Channel (BNC) hari ini.

Beliau merupakan antara 65 peserta yang layak ke kejohanan berprestij itu selepas memenangi pusingan kelayakan baru-baru ini.

((SUMBER:BERNAMA))