Thursday, February 22, 2018
vital-top
updated 9:37 AM UTC, Feb 22, 2018

Pele Yakin Skuad Brazil Akan Rangkul Piala Dunia FIFA 2018

  • Published in Sukan

RIO DE JANEIRO - Legenda bola sepak dunia, Pele menjangkakan skuad Brazil akan merangkul Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia.

Bekas bintang Brazil berusia 77 tahun itu yakin, pengurus baharu Selecao, Tite telah membentuk pasukan terbaik.

Berbanding saingan Piala Dunia yang lalu, Brazil sekadar mempunyai barisan pemain terbaik dunia, namun pasukan itu tidak teratur.

Mengulas mengenai pemain terbaik dunia masa kini, beliau berkata, era moden bola sepak hanya berupaya menghasilkan beberapa pemain hebat berbanding semasa era beliau.

Hari ini, hanya tiga pemain yang benar-benar menyerlah iaitu Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Neymar.

Pele membantu Brazil memenangi tiga edisi Piala Dunia iaitu 1958, 1962 dan 1970 .

Beliau menjaringkan seribu gol sepanjang kariernya menjadi pemain bola sepak.

 

Sumber : AFP