Thursday, February 22, 2018
vital-top
updated 9:37 AM UTC, Feb 22, 2018

Nilai Riyad Mahrez Mungkin Melebihi 100 Juta Pound Sekiranya Tinggalkan Leicester City

  • Published in Sukan

ALGERIA - Nilai pemain sayap Algeria , Riyad Mahrez mungkin melebihi 100 juta pound, sekiranya dia meninggalkan Leicester City penghujung musim ini.

Demikian menurut pengurus Foxes, Claude Puel.

Setakat ini, hanya kelab Itali, Roma yang berminat mendapatkan khidmat Mahrez dengan cadangan yuran perpindahan sebanyak 32 juta dolar.

Namun, jumlah itu tidak mencukupi untuk Leicester melepaskan beliau.

Mahrez merupakan antara bintang Leicester yang membantu kelab itu menjuarai Liga Perdana Inggeris musim 2015/2016.

 

Sumber : AFP