Sunday, May 27, 2018
vital-top
updated 3:37 AM UTC, May 27, 2018

Labuan Bersedia Menjadi Destinasi Sukan Air Utama

  • Published in Sukan

LABUAN - Labuan bakal menyaksikan perlumbaan P1 Powerboat Grand Prix di perairan pantainya, pada 2019 hadapan sebagai sebahagian daripada usaha untuk menjadikan pulau itu destinasi utama sukan air.

Yayasan Pembangunan Labuan (YPL) dan P1 Powerboat akan memperkenalkan grand prix laut Labuan sebaik menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) pada 18 Jan ini.

Sebagai sukan tarikan baharu, perlumbaan bot kuasa dijangka akan meningkat dan memanfaatkan potensi pinggir laut Labuan yang luas dan apabila berjaya, tindakan seterusnya boleh dirangka untuk sukan tersebut di pulau itu.

Demikian menurut Anggota Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli.

Bot lumba berwarna-warni yang boleh mencecah kelajuan hingga 150 mph dan penonton di pantai akan menonton mereka merentasi lautan yang sentiasa berubah, dicabar oleh angin dan ombak.

 

Beliau berkata kejohanan itu akan menjadi acara pengenalan kepada pulau bebas cukai ini dan berpotensi untuk merangsang ekonomi.

((BERNAMA))