Wednesday, January 17, 2018
vital-top
updated 9:27 AM UTC, Jan 17, 2018

Dua Buah Sekolah Lagi Ditutup Di Sarawak

  • Published in Nasional

MIRI - Dua buah sekolah rendah lagi ditutup di Sarawak berikutan banjir menjadikan jumlah keseluruhan lima buah sekolah tidak beroperasi hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata dua buah sekolah yang ditutup itu ialah Sekolah Kebangsaan Nanga Bon di Sibu dan Sekolah Kebangsaan Rumah Ranggong di daerah Subis, Miri.

Demikian menurut  kenyataan media yang dikeluarkan.

Sekolah Kebangsaan Nanga Bon mempunyai seramai 64 murid,12 guru dan tiga kakitangan pentadbiran manakala Sekolah Kebangsaan Rumah Ranggang pula mempunyai seramai 92 murid,13 guru dan enam kakitangan pentadbiran.

Pada sebelah pagi, JPBNS melaporkan tiga buah sekolah rendah ditutup iaitu SK Kuala Kenyana di Mukah serta SK Sungai Bong dan SK Kuala Bok,kedua-duanya di Baram Miri melibatkan keseluruhan 223 murid.

Dengan penutupan dua buah sekolah lagi menjadikan 379 murid yang tidak dapat bersekolah hari ini.

((SUMBER: BERNAMA ))