Sunday, October 22, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

FELDA Harap Dapat Lahirkan Lebih Ramai Peninju

JEMPOL - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berharap dapat melahirkan lebih ramai lagi peninju, terutama peninju wanita, dalam kalangan anak-anak peneroka, melalui penubuhan Akademi Tinju Tan Sri Isa (Felda).

Pengerusi Felda, Tan Sri Dr Mohd Isa Abdul Samad berkata melalui penubuhan Akademi Tinju Tan Sri Isa (Felda), ia dapat membantu negara mencari pelapis dalam sukan tinju.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menghadiri Kejohanan Tinju Piala Pengerusi Felda di sini.

Dalam majlis itu, Tan Sri Dr Mohd Isa turut merasmikan bangunan Akademi Tinju Tan Sri Isa (FELDA) di Serting Hilir dekat sini, yang merupakan pusat latihan peninju yang pertama di gugusan Felda.

Beliau berharap melalui penubuhan akademi itu, peninju wanita Felda dapat juga dilahirkan sehingga terbentuk sebuah pasukan tinju yang mampu mewakili negara. 

Sementara itu, Kejohanan Tinju Piala Pengerusi Felda yang berlangsung selama lima hari bermula Khamis lepas, menyaksikan 43 peserta termasuk tiga peserta wanita dari lapan wilayah Felda mengambil bahagian dalam tujuh kategori yang dipertandingkan.

Dalam kejohanan itu, Felda Wilayah Kuantan dinobatkan sebagai Pasukan Terbaik apabila muncul sebagai pengutip pingat terbanyak sepanjang kejohanan dan membawa pulang Piala Pusingan.