Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 5:20 AM UTC, Oct 21, 2017

Usain Bolt Tidak Sertai Kejohanan Olahraga Dunia London IAAF 2017

LONDON - Pemenang sembilan pingat emas Olimpik dan juga jaguh pecut dunia, Usain Bolt secara terbuka menyatakan hasrat untuk tidak mempertahankan kejuaraan acara 200 meter pada Kejohanan Olahraga Dunia London IAAF 2017.

Sekali gus, bermakna beliau tidak akan mengambil bahagian pada kejohanan itu nanti. 

Pengumuman dibuat pada sidang media majlis pelancaran dan tayangan perdana filem dokumentari “I Am Bolt” di Leicester Square, London. 

Bagaimanapun, Usain Bolt 30 tahun, menjelaskan dirinya akan meneruskan latihan bagi memastikan prestasi berkekalan. 

Walaupun akan bersara dirinya akan tetap meneroka bidang lain yang berkaitan dengan olahraga. Filem dokumentari “I Am Bolt” berkisar mengenai bagaimana realiti sebenar insan bernama Usain Bolt berusaha dan bekerja keras untuk mencapai kejayaan gemilang seperti sekarang terutama sebelum Olimpik 2016. 

Dalam masa sama memaparkan kehidupan sebenar Bolt yang tidak pernah dipaparkan sebelum ini. 

Filem tersebut diterbitkan oleh adik-beradik Gabe dan Benjamin Turner dari Utara London yang pernah mencipta nama menerusi filem dokumentari pasukan bola sepak Manchester United "The Class of 92". 

Bolt merupakan pemenang pingat di tiga edisi olimpik berturut-turut iaitu tahun 2008, 2012 dan 2016 dalam acara 100, 200 and 4x100 meter dan dianggap pelari terbaik sepanjang sepanjang zaman dan juga menerima lima anugerah atlet olahraga terbaik IAAF dan tiga anugerah Atlet Terbaik Laureus.