Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 5:20 AM UTC, Oct 21, 2017

Presiden Persatuan Bola Sepak Bolivia Ditangkap Atas Dakwaan Rasuah

COCHABAMBA - Presiden Persatuan Bola Sepak Bolivia, Rolando Lopez ditangkap atas dakwaan rasuah. Rolando Lopez ditahan di universiti awam tempat beliau mengajar. 

Selepas pendakwaan dibuat, pihak mahkamah akan menentukan sama ada beliau akan dipenjarakan atau dibebaskan sepanjang proses penyiasatan, jelas pendakwaraya awam, Marco Gomez. 

Dakwaan dibuat selepas Lopez dikatakan hadir di saingan Copa America Centenario pada Jun lalu dan masih mengambil gaji setelah meninggalkan tanggungjawabnya selaku pengajar di Universiti San Simon. 

Pada masa yang sama, beberapa persatuan dan pemain bola sepak menggesa agar Lopez meletak jawatan, selepas FIFA mengenakan hukuman menolak empat mata skuad Bolivia selepas didakwa menurunkan pemain yang tidak layak ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018. 

Kesannya, Bolivia jatuh ke tangga kesembilan zon kelayakan Amerika Selatan tetapi beliau masih bertegas tidak mahu melepas jawatannya. Selain itu, Lopez turut didakwa menggelapkan wang daripada perlawanan amal.