Wednesday, December 13, 2017
vital-top
updated 8:55 AM UTC, Dec 13, 2017

Kemasukan Lawrence Diharap Bawa Petanda Positif - Morten Frost

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia BAM, Morten Frost Hansen mengharapkan kehadiran Pengurus Besar yang baharu, Lawrence Chew bersama badan induk itu membawa petanda positif. 

Biarpun tidak mengenali Lawrence secara peribadi, Frost sudah bersedia untuk menjalin kerjasama bagi memastikan BAM diterajui dengan baik. 

Lawrence yang juga Ahli Majlis Persekutuan Badminton Dunia BWF serta pegawai operasi Persatuan Badminton Switzerland, bagaimanapun belum lagi masuk pejabat barunya di Stadium Juara Bukit Kiara. 

Sementara itu mengulas percapaian bekas beregu Kebangsaan, Cheah Soon Kit sebagai jurulatih, Frost bagaimanapun berkata masih terlalu awal untuk menilai kemampuan bekas pakar beregu lelaki negara itu untuk tempoh sebulan. 

Frost berkata demikian semasa sesi latihan Skuad bandminton kebangsaan di Stadium Juara Bukit Kiara.