Sunday, October 22, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

PKNS FC Positif Selesaikan Kontroversi Cara Baik

SHAH ALAM - Walaupun dihimpit kontroversi penyertaan untuk saingan Liga Super musim depan, pasukan berstatus kelab, PKNS FC positif, perkara itu dapat diselesaikan dengan cara baik. 

Menurut Presidennya, Siti Zubaidah Abdul Jabar, pihaknya kini sedang menanti keputusan daripada usaha sama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) berhubung status penyertaan mereka.

Isu membabitkan PKNS FC mula timbul selepas Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) menyerahkan surat rasmi kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan FMLLP untuk menarik semula sokongan terhadap kelab itu daripada menyertai Liga Malaysia musim depan.

Berdasarkan status pertandingan, hanya pasukan kelab yang dicalon dan disokong persatuan bola sepak negeri serta mematuhi peraturan FAM layak menyertai Liga Malaysia.