Friday, May 25, 2018
vital-top
updated 1:45 PM UTC, May 25, 2018

Nasib Malouda Bakal Diketahui Pertengahan Feb

  • Published in Sukan

LAUSANNE - Rayuan bekas pemain sayap Chelsea, Florent Malouda terhadap hukuman penggantungan dua perlawanan akan diketahui pertengahan bulan depan.

Demikian menurut Mahkamah Timbang Tara Untuk Sukan.

Selain digantung dua perlawanan, bekas pemain antarabangsa Perancis berusia 37 tahun itu turut didenda 2,930 euro kerana bermain untuk kelab French Guiana, semasa kejohanan Piala Emas CONCACAF, tahun lepas.

French Guiana merupakan wilayah luar negeri Perancis yang terletak di timur laut pantai Amerika Selatan.


((AFP))