Tuesday, January 16, 2018
vital-top
updated 1:07 PM UTC, Jan 16, 2018

Francis Coquelin Ikat Kontrak Bersama Valencia

  • Published in Sukan

MADRID - Pemain tengah Arsenal, Francis Coquelin memuktamadkan penghijrahan ke Valencia.

Beliau menandatangani kontrak empat tahun bersama kelab La Liga itu.

Yuran perpindahan tidak didedahkan.

Namun, klausa pembelian pemain antarabangsa Perancis itu dilaporkan sebanyak 80 juta Euro.

Coquelin telah melakukan penampilan sebanyak 160 kali bersama Arsenal sejak menyertai kelab itu pada tahun 2008.

Namun pada musim lepas, dia hanya diturunkan sekali dalam saingan Liga Perdana Inggeris.


((AFP))