Sunday, January 21, 2018
vital-top
updated 1:09 AM UTC, Jan 21, 2018

Keamanan Negara Faktor Penyumbang Kejayaan Qobin

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Penjelajah negara, Muhammad Muqharabbin Mokhtar atau Qobin menyifatkan kestabilan serta keamanan negara sebagai faktor penyumbang di sebalik kejayaan beliau menjelajah Titik 90 Darjah Kutub Selatan sejauh 111 kilometer.

Jelasnya, atas dasar tersebut beliau berupaya menjalani latihan, bersukan, dan menjelajah negara mengelilingi dunia dengan lancar tanpa rasa takut.

Bagaimanapun, beliau mengakui turut berdepan pelbagai cabaran sebelum menempa kejayaan itu.

Semalam, Qobin diisytiharkan sebagai penjelajah Grand Slam ke-60, dan tersenarai di nombor 44 untuk Grand Slam (last degree).

((RTM))