Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 3:46 PM UTC, Oct 19, 2017

Tiga Wakil Negara Beraksi di Suku Akhir

HONG KONG - Tiga wakil negara akan beraksi pada saingan suku akhir Badminton Siri Super Terbuka Hong Kong hari ini.

Pemain perseorangan lelaki Chong Wei Feng bakal berdepan Sameer Verma dari India.  Mengiringi beliau ialah dua pasangan beregu lelaki.

Gandingan  beregu nombor satu dunia Goh V Shem - Tan Wee Kiong  akan bertemu pasangan Indonesia Mohammad Ahsan -  Rian Agung Saputro. 

Manakala beregu muda Ong Yew Sin - Teo Ee Yi  akan menentang beregu pilihan keempat Mathias Boe - Carsten Mogensen dari Denmark.