Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 5:20 AM UTC, Oct 21, 2017

Danny Drinkwater Digantung Tiga Perlawanan

LONDON - Pemain tengah Leicester City Danny Drinkwater dikenakan hukuman pergantungan tiga perlawanan.

Dia mengaku bersalah melakukan kekasaran apabila mengenakan siku pada muka pemain Watford , Valon Behrami semasa perlawanan Liga Perdana, Sabtu lalu.

Dalam perlawanan tersebut Leicester tewas 1-2 kepada Watford.

Berikutan hukuman dikenakan, pemain Leicester itu tidak akan beraksi dalam perlawanan menentang Middlesbrough, Sunderland dan Manchester City.