Wednesday, October 18, 2017
vital-top
updated 3:22 AM UTC, Oct 18, 2017

Gerrard Umum Bersara Daripada Bola Sepak Profesional

LONDON - Bekas pemain Liverpool dan Kapten England Steven Gerrard mengumumkan untuk bersara daripada kancah bola sepak profesional.

Dia yang kini berusia 36 tahun, telah membuat 710 penampilan untuk Liverpool sebelum menyertai LA Galaxy pada 2015.

Antara piala yang pernah dimenangi Gerrard ialah Piala FA sebanyak dua kali, piala liga, tiga kali selain Piala UEFA dan Piala Super EUFA.

"Susulan spekulasi yang dibuat berhubung masa depan, saya mengesahkan persaraan saya daripada kerjaya bola sepak profesional.

"Saya melalui tempoh kerjaya yang menakjubkan dan berterima kasih di atas setiap memori sepanjang bersama Liverpool, England dan LA Galaxy," kata Gerrard dalam kenyataan, semalam. 

Gerrard dikaitkan bakal berada dalam barisan kejurulatihan Liverpool selepas persaraannya.