Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 5:32 AM UTC, Nov 20, 2017

Putin Akan Bertemu Presiden FIFA di Moscow Hari Ini

MOSCOW - Presiden Vladimir Putin akan bertemu Presiden Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino di Moscow hari ini. Pertemuan diadakan menjelang pengundian Piala Konfederasi, hujung minggu ini. 

Menurut Kremlin, Infantino akan ke Kazan bagi pengundian kejohanan yang akan berlangsung tahun depan. Piala Konfederasi akan berlangsung dari 17 Jun hingga 2 Julai di empat bandaraya Rusia, iaitu Moscow, Saint Petersburg, Kazan dan Sochi.

Sementara itu Rusia kini sedang berusaha memastikan infrastruktur empat bandar yang terlibat penganjuran Piala Konfederasi pada tahun depan, berjalan lancar.  

Presiden Vladimir Putin memberi jaminan stadium-stadium berkenaan akan dibina mengikut tarikh ditetapkan. Beberapa lapangan terbang di bandar-bandar terlibat juga akan dinaik taraf.