Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 3:46 PM UTC, Oct 19, 2017

Wee Wern Tarik Diri, Diganti Rachel Arnold

KUALA LUMPUR - Keputusan menarik diri, Low Wee Wern pada saat akhir akibat kecederaan Ligamen Lutut, ACL memberi impak kepada persiapan dan sasaran skuad skuasy wanita negara untuk menghadapi Kejohanan Skuasy Berpasukan Wanita Dunia, WWTC 2016 di Paris, Perancis.

Persatuan Raket Skuasy Malaysia, SRAM dalam satu kenyataan menjelaskan penarikan diri Low Wee Wern sememangnya tidak dapat dielakkan dan beliau perlu segera menjalani pembedahan. 

Tempat Wee Wern akan digantikan seorang lagi pemain muda iaitu  Rachel Arnold.

Skuasy wanita negara terdiri daripada Nicol David, Delia Arnold, S Sivasangari, dan Rachel Arnold. Ini bermakna sasaran awal untuk melangkah sekurang-kurangnya separuh akhir pasti akan melalui ranjau berduri.

Selaku pilihan ketiga, skuad negara diundi bersama-sama pasukan pilihan ke-6, Australia, pilihan ke-11, wales, dan ke-16, Austria.

Tetapi menurut pengarah SRAM, Mejar S Maniam, dengan ketiadaan Wee Wern bermakna penganjur akan melakukan undian semula bagi menentukan kedudukan pasukan dalam kumpulan.

Rekod terbaik skuad negara di kejohanan ini sejak tahun 1979 adalah saingan dua tahun lalu Kanada, muncul naib juara tewas 1-2 kepada England di final. Sebelum itu, skuad negara mengejutkan pasukan pilihan Mesir ketika saingan separuh akhir.