Wednesday, April 25, 2018
vital-top
updated 1:55 PM UTC, Apr 25, 2018

Tenis : Andrey Rublev Tumpaskan Borna Coric Mara Ke Separuh Akhir

  • Published in Sukan

DOHA - Kejohanan Tenis Terbuka Qatar.

Bintang muda Rusia, Andrey Rublev menumpaskan Borna Coric dari Croatia 6-3, 7-5 untuk mara ke separuh akhir.

Rublev, 20-tahun, seterusnya akan menentang Guido Pella dari Argentina yang menang mudah 6-2, 6-3 terhadap pemain Bosnia, Mirza Basic.

Turut ke separuh akhir - pilihan pertama, Dominic Thiem dari Austria yang mengetepikan bintang muda Greece, Stefanos Tsitsipas, 7-5,
6-4.

Lawannya ialah Gael Monfils dari Perancis yang mengalahkan Peter Gojowczyk dari Jerman 6-3, 7-6.

 

Sumber : AFP