Wednesday, October 18, 2017
vital-top
updated 3:22 AM UTC, Oct 18, 2017

Liga Juara Eropah: Barcelona Mara ke Saingan Kalah Mati

PARIS - Dua gol daripada Lionel Messi memastikan Barcelona menumpaskan tuan rumah Celtic, 2-0 sekali gus mara ke peringkat kalah mati dalam saingan Liga Juara Eropah.

Mengiringi Barca dalam kumpulan C ialah pasukan di tangga kedua Manchester City.

Dengan baki 1 perlawanan, keputusan seri  1-sama memadai buat pasukan bimbingan Pep Guardiola mengecewakan Borussia Moechengladbach.

 Sementara itu, juara liga Peranchis Paris Saint-Germain memastikan kelebihan di tangga teratas kumpulan A apabila seri 2-2 kepada Arsenal di Stadium Emirates.

Kedua-dua pasukan mengumpul 11 mata jauh mengatasi Ludogrets dan Basel yang menghuni dua tangga terbawah selepas masing-masing terikat tanpa jaringan di Sofia.

Turut layak Bayern Munich dalam kumpulan D. Cuma Bayern bakal berdepan undian mencabar pada pusingan berikutnya apabila tewas 2-3 kepada Rostov. Kelab Jerman itu terpaksa berpuas hati di tangga kedua di belakang Atletico Madrid yang mengalahkan PSV Eindhoven, 2-0.

 

Kumpulan B pula menyaksikan persaingan masih terbuka. Besiktas bangkit daripada ketinggalan untuk seri 3-sama dengan Benfica di Istanbul. Napoli diikat tanpa jaringan kepada tuan rumah Dynamo Kiev.