Tuesday, January 16, 2018
vital-top
updated 1:07 PM UTC, Jan 16, 2018

Tenis : Pablo Carreno Busta Dan Tomas Berdych Tersingkir Awal

  • Published in Sukan

DOHA - Tenis Terbuka Qatar. Pilihan kedua Pablo Carreno Busta dari Sepanyol dan pilihan ketiga Tomas Berdych dari Republik Czech , tersingkir awal.

Carreno Busta kalah kepada pemain Croatia Borna Coric, 7-5, 2-6, 6-7 dalam masa 2 jam 41 minit .   

Berdych pula tewas 4-6, 6-1, 6-7 kepada lawannya dari Jerman, Jan-Lennard Struff. 

Dalam satu lagi perlawanan pusingan pertama, pilihan ke-6, Filip Krajinovic dari Serbia, tewas kepada seorang lagi pemain Jerman, Peter Gojowczyk. 

 

Sumber : AFP