Sunday, October 22, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Leicester Lakar Keajaiban Mara 16 Terbaik

LEICESTER - Kelab England, Leicester City pula melakar keajaiban apabila mara ke pusingan 16 terbaik.

Shinji Okazaki dan Riyad Mahrez menyumbat gol membantu kelab itu menewaskan Brugge 2-1 awal pagi tadi.

Leicester bergelut untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris, tetapi kisah dongeng mereka kini berterusan di Eropah.

Mereka adalah kelab yang tampil beraksi dalam saingan berprestij itu buat kali pertama mengungguli peringkat kumpulan sejak Malaga pada 2012.

Dalam perlawanan terakhir kumpulan kelab itu akan menentang gergasi Portugal Porto pada 7 Disember ini.