Tuesday, January 16, 2018
vital-top
updated 1:07 PM UTC, Jan 16, 2018

Presiden FIFA Beri Sokongan Penuh Terhadap Penggunaan VAR

  • Published in Sukan

DUBAI - Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino memberi sokongan penuh terhadap penggunaan sistem teknologi video bantuan pengadil (VAR).

Menurut beliau, hasil pelaksanaannya setakat ini sangat menggalakkan dan positif.

Keputusan telah dibuat dengan teliti dan berhati-hati bagi memelihara kerancakan dan keunikan sukan tersebut.

VAR diuji sejak awal musim ini dalam saingan Serie A Itali dan Bundesliga Jerman.

Ia akan diperkenalkan dalam saingan La Liga Sepanyol, musim depan.

FIFA bagaimanapun masih belum mengesahkan sama ada VAR akan digunakan dalam Piala Dunia 2018 di Rusia.

Dalam perkembangan lain, Infantino menyifatkan bidaan bersama Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat bagi merebut hak penganjuran Piala Dunia 2026 sebagai mesej positif.

Menurutnya, FIFA akan memastikan proses pemilihan tuan rumah yang turut dilobi oleh Morocco, berlangsung dengan adil dan saksama.

Infantino menyifatkan keputusan menganugerahkan terus dua edisi Piala Dunia iaitu 2018 kepada Rusia dan 2022 kepada Qatar sebagai satu kesilapan. 

 

SumbeR : AFP