Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 5:32 AM UTC, Nov 20, 2017

Boling : Tiga Mata Saat Akhir Pisahkan Nur Aiman/Timmy Dengan Emas

JOHANNESBURG - Tiga mata saat akhir memisahkan gandingan Muhammad Nur Aiman Khairuddin dan Timmy Tan, daripada menyapu pingat emas ketiga buat Malaysia.

Mereka terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dalam acara beregu lelaki di Kejohanan Tenpin Boling Komanwel ketujuh di Johannesburg, Afrika Selatan.

Gandingan Muhammad Nur Aiman dan Timmy mendahului peserta-peserta lain sehingga ke 'game' kelima sebelum dipintas gandingan tuan rumah, Quintin Haywood dan Andrew Cyster dengan hanya tiga mata dalam game terakhir.

Mereka mengumpul 2,858 jatuhan pin berbanding beregu tuan rumah yang mengumpul 2,861 jatuhan pin.

Terdahulu, Malaysia meraih pingat emas kedua melalui Shalin Zulkifli dan Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dalam acara beregu wanita.

Semalam, Muhammad Nur Aiman menghadiahkan pingat emas melalui acara perseorangan lelaki.