Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 3:46 PM UTC, Oct 19, 2017

Badminton : Perjuangan Beregu Campuran Berakhir

KUALA LUMPUR - Perjuangan pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying dan Tan Kian Meng/Lai Pei Jing dalam saingan badminton Siri Super Terbuka Hong Kong, berakhir pada pusingan pertama.

Peng Soon/Liu Ying mudah dijinakkan pasangan beregu dari Korea Selatan, Yoo Yeon Seong/Chang Ye Na 12-21, 11-21 dalam pertarungan selama 37 minit.

Kekalahan tersebut merupakan kekalahan pertama Peng Soon/Liu Ying di tangan pasangan Korea Selatan itu selepas mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut pada pertemuan sebelum ini.

Pasangan Kian Meng/Pei Jing pula terpaksa akur kepada pasangan Yugo Kobayashi/Misaki Matsutomo dari Jepun apabila tewas 16-21, 18-21 dalam aksi selama 34 minit.