Logo

Tenis : Rafael Nadal Tarik Diri Ekoran Kecederaan Lutut

Pemain tenis nombor satu dunia, Rafael Nadal menarik diri daripada Kejohanan Antarabangsa Brisbane ekoran kecederaan lutut.

Namun masih berhasrat untuk bermain pada Terbuka Australia, bulan depan.

Beliau yang tidak bermain sejak tewas kepada David Goffin dalam Kejohanan Akhir Jelajah Dunia di London dijadual memulakan musimnya di Brisbane hujung minggu ini walaupun tidak turut serta.

Nadal juga berhasrat bermain pada pembuka tirai kejohanan Grand Slam 15 Januari depan di Melbourne.

 

Sumber : AFP

 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.