Wednesday, April 25, 2018
vital-top
updated 1:55 PM UTC, Apr 25, 2018

Harry Kane Muncul Penjaring Terbanyak Liga Perdana Musim Ini

  • Published in Sukan

ENGLAND - Penyerang Tottenham, Harry Kane muncul penjaring terbanyak Liga Perdana musim ini apabila menjaringkan 'hatrik' ketika membantu kelab itu menumpaskan Southampton 5-2 di Stadium Wembley.

Gol yang dijaringkan pada minit ke-22 merupakan gol ke-37 pemain berusia 24 tahun itu dalam 36 penampilan, tahun ini.

Perlawanan lain - Liverpool berpesta gol apabila menundukkan Swansea, 5-0.

Chelsea mengalahkan Brighton, 2-0. Everton seri tanpa jaringan dengan West Brom.

Leicester tewas 1-2 kepada Watford. Huddersfield dan Stoke terikat satu sama.

Perlawanan di antara Bournemouth dengan West Ham juga berkesudahan seri tiga sama.

 

Sumber : AFP