Wednesday, January 17, 2018
vital-top
updated 3:08 AM UTC, Jan 17, 2018

Badrol Bakhtiar Dinobatkan Pemain Paling Bernilai Di Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2017

  • Published in Sukan

PETALING JAYA - Pemain tengah Kedah Badrol Bakhtiar dinobatkan selaku pemain paling bernilai bagi musim ini di Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2017 .

Beliau pemain paling bernilai 2017, atas pencapaian membantu pasukan Kedah merangkul Piala Sumbangsih, Piala FA serta layak ke final Piala Malaysia.

Badrul turut diumumkan sebagai pemain tengah terbaik mengenepikan 2 calon lain .

Penjaga gol terbaik juga dari Kedah Ifwat Akmal Chek Hashim.

Pertahanan terbaik dirangkul Matthew Davies pemain Pahang.

Sementara, Penyerang terbaik diraih Shahrel Fikri Fauzi PKNP fc .

Kedah meneruskan penguasaan anugerah pemain import terbaik yang menjadi milik Liridon Krasniqi.

B Sathianathan, jurulatih Felda United dipilih jurulatih terbaik.

Pemain muda harapan milik Adam Nor Azlin dari Selangor. manakala Siti Rohani Saptu dari pasukan Sarawak dipilih Pemain wanita terbaik.

Manakala anugerah khas RTM memilih pemain paling mesra N.Thanabalan.

Turut hadir sebagai tetamu khas Duta La Liga dan bekas pemain Real Madrid Ivan Campo.

Seramai 300 peminat berpeluang menyaksikan anugerah prestij ini.

(Sumber - Dalet Beritartm)