Wednesday, October 18, 2017
vital-top
updated 3:22 AM UTC, Oct 18, 2017

UPM Serdang Angels Johan Ragbi Super Eight IPT 2016

SERDANG - UPM Serdang Angels mempertahankan kejuaraan milik mereka buat kali ketiga berturut-turut, selepas menumpaskan pasukan UiTM Lions, 49-26 Kejohanan Ragbi Super Eight IPT 2016. 

 

Beraksi di laman sendiri, di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM), kelebihan sebagai juara dua kali berturut-turut nyata memberi kelebihan buat UPM Serdang Angels apabila mengumpul 49 mata meninggalkan pasukan UiTM Lions dengan 26 mata. 

 

Dalam kejohanan sama, kategori PLATE diungguli pasukan MMU Hornbills yang menundukkan UTM Pirates dengan mata penuh 22-13. 

 

Manakala wakil pasukan Majlis Sukan Politeknik, Hornet berjaya menumpaskan UIAM Mustang dengan 29-27 bagi menduduki tempat ketiga kejohanan.