Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Harimau Malaysia Baiki Kelemahan Bertemu Vietnam Rabu Ini

KUALA LUMPUR - Wira Harimau Malaysia, Amri Yahyah berharap segala kelemahan pada perlawanan dengan Kemboja di Stadium Thuwunna, semalam dapat diperbaiki sepenuhnya menjelang pertemuan getir dengan Vietnam, Rabu ini. 

Kesilapan mudah memboloskan gol perlu diperbaiki untuk perlawanan akan datang.

Semalam, Malaysia mempamerkan semangat juang yang tinggi, bangkit selepas ketinggalan dua kali dalam perlawanan untuk mencatat kemenangan 3-2 menewaskan Kemboja dalam perlawanan pembukaan kumpulan B Piala AFF Suzuki 2016.

Harimau Malaysia akan berdepan Vietnam di stadium sama Rabu ini sebelum menentang tuan rumah Myanmar pada Sabtu.