Monday, June 25, 2018
vital-top
updated 8:32 AM UTC, Jun 25, 2018

Kamarudin Dipilih Sebagai Presiden Persatuan Woodball Perlis

  • Published in Sukan

KANGAR - Penasihat Khas kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Prof Emeritus Dr Kamarudin Hussin dipilih sebagai Presiden Persatuan Woodball Perlis (PWPs) untuk satu penggal lagi.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat agung persatuan itu semalam.

Menurut kenyataan PWPs, mesyuarat itu turut bersetuju agar tempoh pemegang jawatan baharu PWPs dari 2017 hingga 2019 dlilanjutkan sehingga berakhirnya Kejohanan Woodball Piala Dunia 2020.

Tempoh itu dilanjutkan bagi memudahkan segala persiapan kejohanan di samping mengekalkan kesinambungan penganjuran.

Perlis juga diberi penghormatan oleh Persekutuan Woodball Antarabangsa, Persekutuan Woodball Asia dan juga Persatuan Woodball Malaysia untuk menjadi tuan rumah pada kejohanan tersebut.

 

Sumber : BERNAMA