Wednesday, April 25, 2018
vital-top
updated 1:55 PM UTC, Apr 25, 2018

Bola Sepak : Atletico Madrid Hantar Aduan Kepada FIFA Berhubung Barcelona Dapatkan Penyerangnya

  • Published in Sukan

Atletico Madrid telah menghantar aduan kepada badan selia bola sepak dunia (FIFA) berhubung cubaan Barcelona mendapatkan penyerangnya, Antoine Griezmann secara tidak sah.

Ini berikutan pendedahan Presiden Barca, Josep Maria Bartomeu kepada media bahawa pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pemain antarabangsa Peranchis itu dan memberi gambaran bahawa perpindahan bakal berlaku.

Menurut peraturan FIFA, kelab yang mahu membeli pemain pasukan lain yang masih mempunyai kontrak perlu menghubung kelab pemilik terlebih dahulu.

 

Sumber : AFP