Sunday, October 22, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Andy Murray Juara Jelajah ATP Dunia

LONDON - Bintang tenis, Andy Murray menjuarai kejohanan pusingan Akhir Jelajah ATP di sini awal pagi tadi.

Pemain Great Britain itu mengalahkan Novak Djokovic 6-3,dan 6-4 dalam perlawanan akhir.

Kemenangan itu mengesahkan Murray sebagai pemain di ranking pertama dunia dan kemenangan pertama Murray menentang Djokovic dalam gelanggang tertutup sepanjang kariernya. 

Murray membawa pulang hadian lumayan STG914,000 (RM4.97 Juta).