Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 3:46 PM UTC, Oct 19, 2017

Liga Perdana Inggeris - Man.City 2 Crystal Palace 1 Dan Liverpool 0 Southampton 0

LONDON - Kepulangan Yaya Toure membawa tuah kepada pasukan Manchester City dengan menjaringkan dua gol, meraih kemenangan dramatik lewat di Crystal Palace.

Toure, yang membuat membuat penampilan pertama Liga Perdana musim ini, digabungkan dengan Nolito sebelum meletak City di depan pada minit ke-39.

Manakala pasukan Crystal Palace berjaya mendapat gol  apabila Wilfried Zaha hantar bola untuk pemain pengganti Connor Wickham untuk rembat masuk gol menyama keadan pada separuh masa kedua.

Tetapi Toure, yang tidak bermain untuk City selama hampir tiga bulan, mempunyai kata akhir apabila dia masukkan bola ke dalam gol lawan susulan hantaran sudut Kevin de Bruyne dari jarak dekat pada minit ke-83.

Kemenangan 2 - 1 itu melihat Manchester City bergerak tempat tangga kedua sama dengan pendahulu, Liverpool.

Pasukan Liverpool pula terikat 0 - 0 dengan Southampton.

Berikut adalah keputusan lain Liga Perdana Inggeris:-

          Swansea  1     Everon  1

          Bournemouth  1      Stoke City  0

          Watford  2    Leicester  1

          Tottenham  3    West Ham  2

          Sunderland  3     Hull   0