Sunday, January 21, 2018
vital-top
updated 1:09 AM UTC, Jan 21, 2018

Sultan Nazrin Sampai Insentif Pemenang Sukan Sea KL2017

  • Published in Sukan

 

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan menyampaikan insentif kepada atlet negeri itu yang cemerlang pada temasya Sukan SEA, dan Para Asean Kuala Lumpur 2017.

Dalam Sukan SEA Ke-29 Ogos lalu, 57 atlet Perak telah mewakili negara dan daripada jumlah itu berjaya meraih 21 emas, 9 perak serta 9 gangsa.

Turut berangkat sama, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim. 

Mereka yang memperoleh pingat diberikan insentif berjumlah RM70,000.

Manakala, atlet Perak di Para Asean KL 2017 berjaya merangkul 11 emas, 7 perak dan 9 gangsa diberikan insentif berjumlah RM40,000.

Turut disampaikan, Insentif Khas berjumlah RM25,000 kepada penerjun negara, Cheong Jun Hoong atas kejayaannya dalam kejohanan Terjun Dunia FINA 2017 di Budapest, Hungary.

 

Sumber : BERNAMA